Tempatan

Ideologi Ekstremisme Mengancam Keselamatan Negara Perlu Diharamkan – Tan Sri Musa Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 –Setiap ideologi ekstremisme (pelampau) tidak kira apa agama yang boleh menimbulkan kekacauan dan mengancam keselamatan negara perlu diharamkan dan tidak boleh dibiarkan berkembang di Malaysia memandangkan kita mempunyai masyarakat majmuk dan berlainan agama,” tegas Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu video tular di media sosial dengan durasi 1.18 minit berkaitan dengan isu berkumpulnya warga asing di Kuil Hindu Sri Mahariamman Batu Caves, Gombak, Selangor dipercayai menghina Islam serta membuat hasutan secara terbuka baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Apakah tujuan warga asing berkenaan berkumpul dan membuat video serta menyiarkan ucapan yang menghina agama lain di dalam negara ini?”

Soalnya lagi, adakah tujuan mereka untuk menghasut atau mendapat sokongan dari kaum India di Malaysia untuk sama-sama menghina dan membenci lain-lain agama di negara ini.

Ujar beliau, jika demikian ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Kanun Jenayah dan juga di bawah Akta Hasutan.

Menurutnya, ia adalah bertentangan dengan prinsip dan Perlembagaan Negara yang membenarkan lain-lain agama selain agama Islam dianuti di negara ini.

Jelasnya, tindakan mereka boleh mewujudkan permusuhan agama di antara kaum di negara ini.

Oleh itu, pihak berkuasa dan polis perlu bertindak tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka serta mengusir mereka setelah menjalani hukuman.

Mantan Ketua Polis Negara itu turut menjelaskan, jika kita tegas terhadap ideologi ekstremisme Islam, ekstremis agama lain juga perlu ditentang dan diharamkan dari diamalkan di negara ini.

Beliau berpandangan setiap negara mempunyai hak untuk tidak membenarkan mana-mana tokoh atau pengikut ideologi ekstremisme ini dari masuk ke dalam negara untuk menghasut warganegara Malaysia supaya memberi sokongan atau terpengaruh dengan ideologi mereka.

Menurut Tan Sri Musa lagi, di akhir-akhir ini mereka berani berbuat demikian kerana undang-undang keselamatan kita seperti ISA, Undang-Undang Darurat telah dimansuhkan dan sekarang undang-undang SOSMA pula dicabar dan tidak diluluskan untuk dikuatkuasakan.

Justeru, untuk menjaga keamanan dan Keselamatan negara, kita perlu tegas di dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: