Antarabangsa

Yahudi ‘Tawan’ US Capitol, Bantah Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 19 Oktober 2023 – Penunjuk perasaan pro-Palestin telah bertindak menyerbu Bangunan Capitol AS sebagai protes terhadap serangan udara rejim zionis ke atas Gaza dan menuntut AS menyokong gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Puluhan penunjuk perasaan pro-Palestin itu berjaya meloloskan diri daripada kumpulan demonstrasi yang lebih besar di National Mall dan masuk seterusnya duduk di atas lantai Bangunan Capitol AS sambil melaungkan “gencatan senjata” dan membawa kain rentang yang tertulis “biarkan Gaza hidup”.

Polis Capital turut menahan beberapa penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan bangunan itu. Dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 300 penunjuk perasaan pro-Palestin telah ditangkap oleh polis Capitol sejurus selepas demonstrasi bermula.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Jewish Voice for Peace, yang mendakwa seramai lebih 350 orang, termasuk 24 rabbi yang mengambil bahagian. Di luar, kumpulan itu mendakwa bahawa sehingga 10,000 orang berarak untuk mencabar pembersihan etnik Palestin yang berterusan oleh rejim Israel.

Kempen serangan udara rejim Israel terhadap militan Hamas di Gaza memasuki hari ke-12 pada hari Rabu. Serangan tidak bertanggungjawab rejim Israel itu telah menyebabkan hampir 3,500 maut dan lebih 12,000 cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Para pegawai dan penggubal undang-undang Amerika telah mengambil langkah memberi sokongan terhadap kempen udara dan darat tentera rejim Israel, dengan Presiden Joe Biden turut melawat Tel Aviv pada Rabu lalu untuk menunjukkan solidariti negaranya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: