Tempatan

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Pulau Pangkor Bakal Diwarta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUMUT, 10 Julai 2023 – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Teluk Ketapang, Pulau Pangkor bakal diwartakan sebagai lokasi pemulihan dan pemeliharaan hidupan marin tersebut.

Pusat konservasi yang bernilai RM150,000 di kawasan seluas 7.99 hektar tersebut merupakan satu inisiatif Jabatan Perikanan dalam memulihara dan memelihara hidupan marin berkenaan daripada terancam.

BACA JUGA: Anak Muda Kita Tiada Tempat Untuk Bersukan-Mantan Timbalan Menteri Belia & Sukan

BACA JUGA: Tukun Tiruan Bernilai RM1.31 Juta Diagihkan Di Perairan Negara

BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pewartaan tapak tersebut sebagai bukti kerajaan Negeri serius untuk menjalankan pemuliharaan atau konservasi penyu.

“Kita akan pastikan kawasan itu khusus untuk penternakan penyu. Kita akan lihat kawasan tersebut dan wartakannya sebagai tempat pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan berkenaan.”

“Jadi orang lain tak boleh bina bangunan di sini. Itulah pendekatan kerajaan untuk pastikan pemuliharaan atau konservasi penyu ini dijalankan secara serius,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Teluk Ketapang, Pulau Pangkor, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kerajaan Negeri juga akan memastikan pusat konservasi berkenaan dimasukkan ke dalam senarai wajib lawat sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: