Tempatan

WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2023 – World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bekerjasama menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu saintis mempercepatkan pengesanan populasi orang utan.

Bersempena Hari Orang Utan Antarabangsa 19 Ogos lalu, WWF Malaysia telah mendedahkan usaha baharunya itu bagi memulihara orang utan Borneo yang ikonik di negeri Sabah.

Laporan menyebut, “Lebih 150,000 orang utan Borneo telah hilang dalam tempoh 16 tahun antara 1999 dan 2015, menandakan penurunan populasi global.”

BACA JUGA: Kes Nik Elin : ‘Semi-Colon Effect’, Perlu Diberi Perhatian – Yusfarizal Yusoff

BACA JUGA: Kenyataan Media TV Pertiwi Berhubung Laman Web Disekat

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

Bagaimanapun, Sabah kekal sebagai rumah kepada populasi orang utan Borneo terbesar di dunia iaitu 11,000 ekor mengikut kajian populasi WWF pada tahun 2019.

Terdahulu, kerja pengesanan populasi orang utan memerlukan gerak kerja darat dan udara menggunakan helikopter yang mahal dan buruh, namun akhir-akhir ini, dron telah digunakan sebagai alternatif tetapi memerlukan kerja pasca pemprosesan panjang untuk membentuk imej.

Mengulas lanjut, organisasi itu berharap teknologi baharu ini dapat membantu dalam kerja pemuliharaan spesies haiwan terancam lain di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: