Wujudkan Lebih Banyak Pengusaha Ayam Tangani Kenaikan Harga – CAKE
ALOR SETAR, 20 Ogos 2023 – Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menyarankan supaya lebih banyak pengusaha-pengusaha ayam perlu diwujudkan untuk menangani isu kenaikan harga ayam.
Memetik berita tempatan, Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kenaikan harga ayam didapati berlaku beberapa hari lalu di mana harga siling RM9.40 untuk sekilogram ayam standard di pasaran dirasakan masih tinggi.
BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC
BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim
BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras
Katanya, harga ayam termasuk organ dalaman yang dijual di pasaran ketika ini turut mampu mencecah sehingga RM18 hingga RM25 seekor.
“Kita harap pada mekanisme-mekanisme tertentu untuk menurunkan harga ayam ini. Jika kita tengok apabila berlakunya lambakan pasaran ayam di pasaran, maka ia akan menurunkan harga pasaran,”
“Kita janganlah mengharapkan industri sedia ada dan mengurangkan kebergantungan input ternakan ayam seperti jagung dan sebagainya dari pasaran luar,” ujarnya.