Tempatan

Wilayah Persekutuan Bakal Bebas Miskin Tegar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 – “Setelah diperinci dan kita mendapat kerjasama dari Baitulmal dan juga kebajikan, insya Allah miskin tegar tidak ada lagi di wilayah sebab mereka akan mendapat pendapatan melebihi RM1,120, sebab Baitulmal sendiri memberi bantuan sebanyak RM700, kebajikan bagi RM500, Yayasan Wilayah bagi RM200, Baitulmal bagi rumah percuma, elektrik percuma, air percuma.”

Demikian tegas Menteri Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Menurut beliau, kita ada kategori miskin tegar dan juga miskin. Miskin tegar ini pendapatannya adalah RM1,110. Kalau dia melepasi RM1,110 bererti dia masuk bawah kategori miskin.

“Setelah diperinci dan kita mendapat kerjasama dari Baitulmal dan juga kebajikan, insya Allah miskin tegar tidak ada lagi di wilayah sebab mereka akan mendapat pendapatan melebihi RM1,120, sebab Baitulmal sendiri memberi bantuan sebanyak RM700, kebajikan bagi RM500, Yayasan Wilayah bagi RM200, Baitulmal bagi rumah percuma, elektrik percuma, air percuma,” ikrar Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim.

“Jadi ini akan membolehkan tidak ada miskin tegar lagi di Wilayah. Tetapi ini akan diumumkan kemudian. Mereka masih lagi dalam kategori miskin,” katanya lagi dalam satu sesi di Parlimen baru-baru ini.

Selain itu, YB Dato’ Seri Dr Shahidan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelesaikan semua masalah yang dikemukakan dalam tempoh masa dua jam.

Hal ini kerana menurut beliau, untuk kemiskinan dan kemiskinan tegar di Wilayah ini, kita bagi perincian khusus dari masa ke semasa, bukan berkala lagi.

“Kalau disebut ada orang kata contohnya ikat perut tak makan dan sebagainya, kita akan selesaikan dalam masa dua jam. Jadi semua masalah yang tertampil kita akan selesaikan dalam masa dua jam.”

“Pejabat-pejabat Wilayah DBKL di tiap-tiap Parlimen itu berfungsi untuk memberi perhatian kepada kemiskinan dan lain-lain perkara yang berkaitan,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: