Tempatan

PETANG INI: Fasa Peralihan Monsun Berpotensi Bawa Hujan Batu & Puting Beliung – MetMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2022 – Fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dijangka boleh menyebabkan berlakunya hujan batu dan puting beliung, menurut Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ambun Dindang.

Keadaan itu dijangka berlaku pada sebelah petang khususnya di pantai Barat Semenanjung, kawasan Barat di Sabah dan bahagian tengah di Sarawak, jelas beliau.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata hasil cerapan, pihaknya mengesan keadaan puting beliung boleh berlaku ketika fasa peralihan monsun berikutan keadaan angin lemah dan bertiup dari pelbagai arah.

“Ia kemudiannya menjadikan pembentukan awan besar yang disertakan hujan lebat dan ribut petir, manakala hujan batu pula boleh berlaku apabila keadaan awan yang cukup tinggi menyebabkan pergolakan besar.”

Ambun Dindang juga memaklumkan bahawa fasa peralihan monsun dijangka berterusan hingga awal atau pertengahan November tahun ini.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan tiga faktor yang menyumbang kepada keadaan banjir iaitu lekukan tropika, kehadiran luruan monsun dan La Nina yang dipengaruhi oleh suhu di permukaan laut Pasifik lebih sejuk dari biasa sehingga menyebabkan kitaran atmosfera berubah memberi kesan kepada taburan hujan negara dan menyebabkan keadaan lembap.

“Negara berdepan keadaan La Nina paling panjang ketika ini iaitu sejak pertengahan 2020 dan diramal berlarutan hingga hujung tahun ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: