Tempatan

WiFi Percuma Untuk Sekolah Agama Dan Masjid Di Johor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 19 September 2022 – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan pemasangan WiFi percuma di sekolah-sekolah agama dan masjid bermula awal tahun depan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Tambah beliau, pelaksanaan ini sekali gus akan membolehkan sistem Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Albayen dilaksanakan di mana sistem aplikasi ini membenarkan ibu bapa pelajar menyemak kerja sekolah, kehadiran, markah peperiksaan dan yuran anak-anak mereka.

Mengulas mengenai pemasangan WiFi percuma tersebut, Mohd Fared berkata, pelaksanaan adalah secara berperingkat di 120 masjid dan 130 sekolah agama berdasarkan lokasi yang bersesuaian dan mempunyai keupayaan jalur lebar.

“Tidak semua masjid dan surau akan dipasang WiFi ini, semua perkara ini dikaji, ia bergantung kepada lokasi kerana tidak semua masjid dan surau mempunyai liputan jalur lebar.”

“Tidak dinafikan WiFi kini adalah satu keperluan semasa dan bukan kehendak,” kata Mohd Fared.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kemudahan percuma di sekolah-sekolah agama di Johor juga akan dimulakan secara berperingkat dengan 130 sekolah membabitkan 50 sekolah agama gred A dan 80 sekolah agama gred B.

Kerajaan Negeri Johor juga sedang memperhalusi keperluan sekolah seperti menggantikan kerusi dan meja yang uzur di sekolah-sekolah agama di Johor.

Leave a Reply

Back to top button