Antarabangsa

Qatar Arah Kakitangan Kerajaan Kerja Dari Rumah Selama Lebih Sebulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 10 Oktober 2022 – Qatar telah mengarahkan majoriti kakitangan kerajaannya bekerja dari rumah selama lebih satu bulan semasa Piala Dunia 2022 berlangsung iaitu mulai bulan depan.

Menurut laporan berita Arab, kejohanan itu akan bermula pada 20 November sehingga 18 Disember ini. Ia dijangka menarik kira-kira 1.2 juta pengunjung atau hampir daripada separuh penduduk Qatar namun akan menimbulkan cabaran terhadap hal ehwal logistik dan juga pihak berkuasa.

Oleh hal demikian, kerajaan memutuskan bahawa 80 peratus kakitangannya akan bekerja dari rumah mulai 1 November hingga 19 Disember ini, manakala sekolah awam dan swasta pula akan memendekkan tempoh kelas sehingga tengahari bermula 1 November hingga 17 November.

Bagi keseluruhan tempoh berlangsungnya Piala Dunia pula, sekolah akan ditutup sekurang-kurangnya hingga 22 Disember ini.

Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Komunikasi Kerajaan Qatar, Mohammed Al Hajjri menjelaskan bahawa langkah-langkah ini dilaksanakan selaras dengan persiapan negara untuk menganjurkan perlawanan ini sekali gus mengambil kira kepentingan awam.

Turut dilaporkan, sebanyak 32 pasukan layak bertanding di lapan buah stadium di sekitar bandar Doha yang merupakan bandar utama bagi Qatar, negeri terkecil yang menganjurkan acara terbesar bola sepak ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: