Antarabangsa

Diskriminasi Anti-Muslim, Anti-Palestin Meningkat 180% Di AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 31 Januari 2024 – Aduan mengenai diskriminasi dan kebencian anti-Muslim serta anti-Palestin di Amerika Syarikat (AS) meningkat kira-kira 180 peratus dalam tempoh tiga bulan selepas 7 Oktober, menurut kumpulan hak asasi, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

Kata kumpulan tersebut, pihaknya menerima 3,578 aduan sepanjang tiga bulan terakhir pada tahun 2023 di mana angka itu adalah peningkatan 178 peratus daripada aduan dalam tempoh sama berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan, penyokong hak asasi turut mencatatkan peningkatan dalam Islamofobia dan berat sebelah anti-Palestin di AS dan di tempat lain sejak meletusnya perang antara Israel dan Hamas.

Antara insiden yang mencetuskan kebimbangan adalah insiden tembakan di Vermont di mana tiga pelajar berketurunan Palestin iaitu Hisham Awartani, Kinnan Abdalhamid dan Tahseen Ali Ahmad telah ditembak sewaktu cuti Thanksgiving.

Satu lagi insiden yang menimbulkan kebimbangan ialah tikaman maut terhadap seorang kanak-kanak Palestin Amerika yang berusia enam tahun, Wadea Al-Fayoume di Illionis pada bulan Oktober oleh seorang lelaki berusia 71 tahun.

Pihak berkuasa AS berkata mereka menjadi sasaran sebagai tindak balas terhadap perang Israel Hamas selain daripada pegangan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: