Antarabangsa

Whatsapp Adalah Perisian Pengintipan – Musk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 9 JULAI 2024 – Pemilik X yang sebelumnya dikenali sebagai Twitter, Elon Musk telah membuat kritikan terhadap perisian komunikasi WhatsApp berikutan isu mengendalian data peribadi seseorang.

Musk telah mengeluarkan kenyataan bahawa WhatsApp adalah sebuah perisian pengintipan pada Sabtu lalu apabila salah seorang pengguna X telah membuat hantaran berbentuk pertanyaan, di mana pengguna itu bertanya,

“Jika mesej-mesej Whatsapp adalah “end-to-end encrypted”, mengapa saya tiba-tiba melihat iklan”?

Soalan tersebut kemudiannya dijawab oleh Musk dengan kenyataan,

“Kerana ianya adalah perisian pengintipan”.

Sebelum ini, Musk telahpun bertikam lidah secara dalam talian dengan Whatsapp, yang kini dimiliki oleh syarikat kepunyaan Mark Zuckerberg.

Pada Mei lalu, Musk telah mendakwa bahawa “Whatsapp mengeksport data pengguna pada setiap malam, yang mana data tersebut dianalisa serta digunakan untuk pengiklanan bersasar, menjadikan pengguna sebagai produk dan bukan pelanggan”.

Dakwaan Musk itu telah dibantah oleh pengerusi Whatsapp, Will Cathcard yang mana beliau menyatakan,

“Dah ramai yang mengatakan tentang ini, namun ianya berbaloi diulang: ini tidak benar. Kami mengambil serius tentang sekuriti dan inilah sebab kami menjalankan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) bagi mesej-mesej kalian. Ianya tidak dihantar kepada kami setiap malam atau pun dieksport kepada kami”.

Namun penyelidik sekuriti Tommy Mysk pula berpendirian sebagaimana Musk, dengan menyatakan bahawa,

“Metadata seperti kedudukan pengguna, dengan siapa pengguna berhubung, pola apabila pengguna berada dalam talian dan lain-lain. Metadata ini, menurut polisi peribadi kamu adalah benar-benar digunakan bagi iklan bersasar menerusi perkhidmatan-perkhidmatan Meta”.

“Maka, Elon Musk adalah benar”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: