Tempatan

“We Are Being Shot!”, 3 Kali Di Ambang Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEDAH, 26 Ogos 2022 – “We’ve been shot! We’ve been shot! We’ve been shot!” kongsi Pegawai Waran 1 (PW1) Mohsain Haji Hashim (B) menceritakan tentang kisah kali pertamanya  berdepan serangan  pengganas komunis di Gubir, Kedah.

Kisah bermula sewaktu beliau melakukan rutin post flight,  menurut ceritanya lagi sudah terdapat 25 black hole pada pesawat yang diterbangkannya ketika itu. Ketika penerbangan itu jugalah, setelah rakan sejawatnya diserang, Ismail turut terkena tembakan di bahagian perut. Pada waktu itu, beliau menggunakan bullet proof untuk dijadikan bantal buat rakannya.

Rakannya kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital tersebut.  Apa yang menyedihkan bagi beliau adalah kerana rakannya itu yang telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga bakal menimang cahaya mata pertama.

Dalam sesi bual bicara anjuran Dewan Bahasa Pustaka itu beliau turut berkongsi kisah kedua ketika menerbangkan pesawat ke Butterwoth bagi menghantar bekalan makanan di Gubir dan Sintok. Katanya, sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kroh, kapal mereka ditembak sewaktu mereka hendak melakukan landing yang mengakibatkan beliau dan rakan sejawatnya turut tercedera.

We’ve been shot. Let we get out from here,” katanya.

Sepanjang dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Waran Satu, kali ketiga mereka berdepan dengan suasana cemas ialah apabila salah seorang rakannya sejawatnya turut ditembak dan meninggal dunia sewaktu hendak menurunkan dan mengambil troops. Katanya, ia merupakan kejadian yang paling kritikal buatnya, ceritanya sugul dan kelihatan menahan sedih setiap kali bercerita tentang peristiwa tersebut.

Pada 28 April 1976, tujuh pegawai bersama empat anggota tentera terkorban apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dan terbakar selepas ditembak komunis dekat Gubir, Kedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: