Tempatan

WASPADA Obor-Obor ‘Portuguese Man O’ War’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 30 Januari 2023 – Orang ramai dinasihati supaya tidak mendekati obor-obor jenis Portuguese Man O’ War yang dikesan di sekitar Pantai Irama, Bachok kerana ia akan menyebabkan kegatalan serta kesan negatif lain.

Obor-obor berwarna biru dipercayai spesis Physalia physalis dijumpai oleh petugas Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika melakukan penugasan rondaan pada jam 3 petang pada Rabu lalu.

BACA JUGA: Pemandu Mabuk: “Pesalah Patut Dihukum Setimpal Dengan Perbuatan Mereka”

BACA JUGA: CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Lato-Lato, Permainan ‘Haram’ Indonesia Kini Viral Di Malaysia

Obor-obor tersebut pertama kali ditemui di pantai terbabit berbanding kebiasaan di mana hanya obor-obor yang berwarna merah atau putih ditemui di luar musim Monsun Timur Laut (MTL) sekitar Mac, April dan Mei.

“Pihak kita mengambil bangkai itu dan menanamnya, manakala ikan yang menjadi mangsa obor-obor terbabit dilupuskan,” kata Pegawai Pertahanan Daerah Bachok, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Khairi Mat Hussin.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati mangsa yang terkena sengat obor-obor agar menggunakan cuka masakan bagi mengurangkan kesakitan.

“Mangsa boleh cuba sapu cuka pada tempat sengatan dan perlu ke hospital untuk rawatan lanjut bagi mengelak kesan yang melarat,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: