Antarabangsa

Wartawan Terkenal Batal Wawancara Lepas Presiden Iran Minta Beliau Berhijab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 26 September 2022 – Wartawan CNN, Christiane Amanpour membatalkan wawancara bersama Presiden Iran, Ebrahim Raisi ekoran enggan menyambut baik permintaan presiden tersebut untuk mengenakan hijab bagi menghormati bulan mulia Islam, Muharam dan Safar.

Menurut hantaran di laman Twitternya, Christiane Amanpour diminta untuk berhijab sebagai tanda penghormatan dan merujuk kepada “keadaan di Iran”, iaitu protes yang sedang melanda di negara itu.

Walau bagaimanapun, permintaan tersebut ditolaknya dengan alasan bahawa tidak ada undang-undang atau tradisi berkenaan pemakaian hijab.

“Saya menegaskan bahawa tiada presiden Iran sebelum ini yang mengenakan syarat seperti ini apabila saya menemu bual mereka di luar dari negara Iran.”

“Saya tidak boleh bersetuju dengan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan keadaan yang tidak dijangka ini,” tegasnya.

Justeru, keengganan Christiane Amanpour menerima permintaan Presiden Iran itu menyebabkan wawancara Presiden Iran, Ebrahim Raisi bersama Cable News Network (CNN) yang telah dirancang tidak berlaku.

Terbaharu, menurut laporan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh ketika rusuhan merebak di seluruh Iran berhubung kematian seorang wanita Kurdish semasa dalam tahanan polis.

Mahsa Amini, 22, yang ditahan kerana didakwa memakai tudung dengan cara ‘tidak wajar’ telah meninggal dunia minggu lalu ketika dalam tahanan polis dan berita kematiannya mencetuskan kemarahan rakyat Iran sehingga membawa kepada protes besar-besaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: