Antarabangsa

Wartawan Wanita Desak Wujudkan Video Lucah Untuk Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

UNITED KINGDOM, 04 Ogos 2021 – Flora Gill, seorang wartawan mendesak agar video lucah untuk kanak-kanak diwujudkan sebagai persediaan awal sebelum mereka menikmati pornografi biasa yang wujud dalam pasaran.

Di negara-negara yang menerapkan fahaman liberal dalam perlembagaan, media berbentuk lucah secara lumrahnya dibenarkan kerana penafsiran undang-undang pornografi biasanya berkait rapat dengan jaminan hak kebebasan untuk bersuara.

Penulis The Sunday Times Magazine itu risau kanak-kanak akan gagal untuk menghayati kaedah seksual normal kerana keliru dengan perbuatan ganas yang biasanya dirakamkan dalam video pornografi.

“Seseorang perlu buat video pornografi untuk kanak-kanak. Sila beri perhatian,” desak Gill di laman Twitternya.

“Golongan remaja muda sudah pun menonton video lucah tetapi mereka jumpa video-video lucah tegar yang beri tanggapan teruk tentang seks.”

“Mereka perlukan video lucah di peringkat pengenalan! Laman lucah softcore di mana semua orang meminta persetujuan dan tiada siapa yang akan dicekik.”

Anak kepada mantan Menteri Kanan United Kingdom itu berkata, kanak-kanak yang beliau maksudkan adalah berusia dalam lingkungan 14 sehingga 16 tahun.

“Sebagai penjelasan – kanak-kanak maksudnya di bawah usia 18. Saya sedang bercakap mengenai mereka yang berusia lingkungan 14/15/16 tahun.”

Mendiang ayah kepada Flora Gill, AA Gill, seorang penulis dan tokoh liberal elit metropolitan, pernah mengarah filem pornografi.

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Malaysians Against Pornography (MAP) pada tahun 2018 mendapati 80 peratus kanak-kanak berusia di antara 10 sehingga 17 tahun secara sengaja telah pun menonton video lucah.

Pendedahan kanak-kanak Malaysia kepada visual seks pada usia seawal ini menimbulkan perasaan ingin mencuba, sekaligus mengundang banyak pemangsa seksual untuk mengeksploitasi mereka.

MAP juga mendedahkan bahawa hampir 89 peratus kanak-kanak Malaysia berusia di antara 13 sehingga 17 tahun pernah menjadi mangsa sexual grooming di alam maya — akibat dari pendedahan kanak-kanak kepada video lucah.

Leave a Reply

Back to top button