Wartawan AS Dakwa Tentera Laut AS Bom Paip Gas Nord Stream
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 09 Februari 2023 – Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang terkenal, Seymour Hersh telah mendedahkan bahawa tentera laut AS telah mengebom paip gas Nord Stream dalam sebuah operasi rahsia pada tahun lalu.
Dalam laporan terperinci yang telah dimuat naik di blog beliau, Hersh telah mendakwa bahawa perbuatan pengeboman paip gas di Lautan Baltic itu telah diarahkan oleh White House dan telah dijalankan oleh CIA dengan bantuan tentera laut AS.
Menurutnya lagi, beberapa penyelam laut dalam tentera laut AS telah meletakkan bom berkuasa tinggi C4 di bawah paip gas tersebut dan kesemua perbuatan tersebut telah disembunyikan di bawah nama latihan laut NATO.
BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Kedutaan Turki Pohon Bantuan Barangan Keperluan Buat Mangsa
BACA JUGA: ‘Pintu Pagar’ Ke India Penyebab China Datang Ke Alam Melayu
BACA JUGA: Salah Faham Sambutan Hari Wilayah Wajar Dibetulkan – Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla
Laporan yang ditulis oleh penerima anugerah Pulitzer itu juga turut menyebutkan bahawa tentera Norway seterusnya telah mengaktifkan bahan letupan tersebut dari jauh setelah mereka menerima arahan yang berkaitan.
Pada September tahun lalu, terdapat tiga kebocoran besar yang kemudiannya diikuti dengan siri letupan pada paip gas tersebut.
Salah satu paip gas itu, yang dikenali dengan nama Nord Stream 1 telah berfungsi membekalkan gas asli yang murah dari Rusia kepada Jerman dan beberapa negara Eropah Utara selama lebih sepuluh tahun.
Manakala sebuah lagi paip yang dikenali dengan Nord Stream 2 telah selesai dibina namun masih belum beroperasi.