Tempatan

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Kewarganegaraan Azimah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Februari 2022 – Mahkamah Rayuan pada Selasa baru-baru ini telah menolak rayuan Azimah Hamzah, 35, seorang pelarian dari Kemboja, untuk diiktiraf sebagai warganegara.

Keputusan panel tiga hakim tersebut memberi alasan bahawa Azimah tidak dapat membuktikan kepada mahkamah sebab yang munasabah untuk beliau diiktiraf sebagai warganegara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim tersebut terdiri daripada YA Kamaludin Md Said, YA Vazeer Alam Mydin Meera dan YA Gunalan Muniandy.

Menurut portal Free Malaysia Today, mahkamah mengakui bahawa kedua ibu dan bapa Azimah serta adik-beradik beliau telah pun diberikan kewarganegaraan, namun Azimah sendiri tidak memenuhi syarat Perkara 14 Perlambagaan untuk diiktiraf sebagai warganegara.

Namun, mahkamah menyatakan bahawa peluang masih belum tertutup untuknya kerana beliau masih boleh memohon kerakyatan dengan jalan naturalisasi.

“Kami mempunyai empati terhadap kesukaran yang dilaluinya. Namun, pintu masih belum tertutup. Dia masih boleh memohon kerakyatan melalui naturalisasi sekiranya dia memenuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa,” ujar YA Vazeer Alam Mydin Meera.

Menurut portal The Edge Markets, lebih kurang sedekad lalu, ketika Azimah berumur 12 tahun beliau telah memohon kad pengenalan Malaysia namun Jabatan Pendaftaran Negara telah menyatakan bahawa permohonan beliau ditolak pada hujung tahun 1999.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: