Antarabangsa

Warga UK Bakal Nikmati Wang Saraan RM5,900 Untuk Lawan Inflasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 16 November 2022 – Penduduk negara United Kingdom (UK) bakal menerima wang tunai sejumlah 1,100 pound, bersamaan dengan RM5,900 di bawah perancangan Perdana Menteri baharu negara itu, Rishi Sunak.

Sunak mengambil langkah demikian sebagai salah satu perancangan beliau bagi membantu warga UK mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Beliau dan Chansellor, Jeremy Hunt kini sedang mengatur perincian bagi tindakan tersebut yang dijadualkan pengumumannya pada Khamis ini.

Berdasarkan cadangan, penerima wang tunai tersebut akan menerima 650 pound (RM3,490.17) bagi tuntutan faedah, manakala mereka yang telah pencen akan menerima 300 pound (RM 1610.85). Selain itu, terdapat juga tambahan 150 pound (RM 805.42) bagi pembayaran kehilangan upaya.

Mengenai perancangan pembayaran wang tunai tersebut, sumber dari pihak pentadbiran UK telah menyatakan bahawa,

“Rishi melihat pelan bagi kos sara hidup yang dijalankannya sebelum ini berkesan dan kini dia meneruskan rancangan yang sama.”

Warga Britain kini sedang berhadapan dengan krisis kenaikan kos sara hidup yang mencanak berikutan beberapa krisis yang berlaku sebelumnya termasuklah krisis melibatkan kos tenaga elektrik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: