Tempatan

Warga Asing Penyebab Malaria Menular di Pulau Pinang?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEPALA BATAS, 13 Ogos 2022 – Jangkitan malaria sedang menular di Pulau Pinang di mana kemasukan warga asing disyaki menjadi pembawa kepada jangkitan tersebut, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ma’arof Sudin.

Susulan itu, beliau berkata majikan di sektor swasta yang menggunakan khidmat pekerja asing dikehendaki menyalurkan maklumat pekerja mereka yang tiba dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Negeri yang berdekatan untuk direkod.

Kata beliau, semua pekerja asing itu juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk menjalani saringan malaria mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk pekerja asing di Malaysia.

“Selain itu, penduduk yang tinggal atau mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko malaria atau ke negara endemik malaria perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami simptom seperti demam, menggigil, berpeluh atau lemah badan,” ucap beliau sewaktu peringatan Hari Malaria Sedunia peringkat negeri di Setia Experience Centre, Bandar Setia Fontaines, kelmarin.

Dalam ucapan itu beliau turut menyenaraikan beberapa buah negara yang endemik malaria iaitu Indonesia, Filipina, Myanmar, Papua New Guinea, Bangladesh, Pakistan, India, Nigeria dan Congo.

“Di Malaysia, sehingga Minggu Epidemologi ke-30 2022, jumlah kes malaria terkumpul dilaporkan sebanyak 1,611 yang membabitkan sebanyak 90.3 peratus jangkitan malaria zoonosis yang berpunca daripada parasit Plasmodium knowlesi dan merebak kepada manusia melalui haiwan perumah seperti kera.”

“9.7 peratus yang lain merupakan kes jangkitan human malaria (nyamuk betina) yang 96 peratus daripadanya adalah kes import yang dikesan di Malaysia,” katanya.

Jelasnya, selain daripada langkah kawalan dan pencegahan, inisiatif seperti Kaedah Pengurusan Alam Sekitar turut diambil bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles di Taman Botani.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, jangkitan malaria di negeri berkenaan masih dalam keadaan terkawal dan beliau menasihati para majikan untuk memastikan pekerja-pekerja warga asing menjalani saringan kesihatan sebelum diambil bekerja.

Justeru, menurut Dr Ma’arof, Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, pengesanan kes aktif, mengawas aktiviti pemeriksaan dan kawalan serta menyampaikan pendidikan kesihatan dalam kalangan anggota masyarakat, badan bukan kerajaan dan pihak swasta bagi mencegah dan mengawal jangkitan ini dengan sebaik mungkin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: