PRU-15

PRU-15 5 November Ini?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 – “Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin menetapkan tarikh seawal 5 Nov nanti, iaitu Sabtu,” dedah satu sumber politik menurut laporan sebuah portal tempatan.

Menurut portal tempatan itu lagi, tarikh pada minggu pertama November itu mungkin sejajar dengan hasrat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan bulan depan.

Semalam, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober 2022.

Susulan pembubaran, Dato’ Sri Ismail Sabri menyeru semua Ketua-Ketua Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan tarikh yang sama dengan PRU Peringkat Parlimen.

SPR dijangka mengadakan mesyuarat minggu ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Pada PRU-13 dan PRU-14 yang lalu, SPR menetapkan tempoh berkempen selama dua minggu.

Dalam laporan berlainan, Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadualkan bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: