Tempatan

Wanted List: ESSCOM Buru 20 Suspek Ada Hubungan Abu Sayyaf

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 13 Jun 2022 – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah mengeluarkan senarai 20 individu warganegara asing dikehendaki (Wanted List) untuk membantu siasatan dalam beberapa kes jenayah yang berlaku di ESSZone.

WhatsApp-Image-2022-06-13-at-5.17.31-PM.jpeg?resize=345%2C488&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menurut ESSCOM, kesemua suspek yang dikehendaki itu mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan Penculik Untuk Wang Tebusan (KFRG) dan kes-kes jenayah rentas sempadan pada 26 Januari lalu.

Suspek-suspek yang dikehendaki itu adalah seperti berikut:

1. Madjid [email protected] Pattit
2. [email protected] Sawadjaan
3. Mujimar [email protected]
4. Ahadin Hussien
5. Ellam [email protected]
6. Ismuran Jirah
7. Salip Mura
8. Al Munjir Yadah
9. Ben Tatoh Quirino
10. Basaron Arok
11. [email protected] Asiri,
12. Jul Aksan [email protected]
13. Jul @Jun Hasan
14. Barak [email protected]
15. Hamsan [email protected] Cobra
16. Sabri Madrasul @Salip Jul
17. Hadji Wahad @Talip
18. [email protected]
19. Haibin [email protected] Kuhambo
20. Sangbas Parisko

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.

ESSCOM ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu.

Agensi ini bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam memelihara keselamatan rakyat Sabah di ESSZone.

ESSZone merangkumi kawasan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: