Antarabangsa

Wanita Maut Pulang Dari Masjid, Dilanggar Pemandu Mabuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TORONTO, 21 April 2023 – Seorang wanita berusia 65 tahun maut sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid setelah dirempuh oleh kereta yang dipercayai dipandu oleh pemandu mabuk.

Kemalangan tersebut berlaku di utara Etobicoke, membabitkan empat buah kenderaan.

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

“Penyiasat percaya semua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu sedang dalam perjalanan ke arah selatan di Albion apabila seorang pemandu yang dikatakan mabuk hilang kawalan ke atas kenderaan mereka dan melanggar kenderaan kedua.”

“Kenderaan ketiga dan keempat kemudian terlibat dalam kemalangan itu,” lapor media tempatan.

Warga emas itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi wanita berusia 30-an dibawa ke hospital kerana kecederaan serius dan seorang lagi pemandu dirawat di tempat kejadian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: