Antarabangsa

Bloomberg Dedah Jumlah Warga AS Mohon Kerakyatan EU Naik Empat Kali Ganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 20 OKTOBER 2002 – Jumlah rakyat Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk menukar kewarganegaraan kepada Kesatuan Eropah (EU) kini meningkat jauh lebih tinggi daripada kadar sebelumnya.

Menurut kenyataan sebuah firma kewarganegaraan, Arton Capital, jumlah rakyat AS yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan kedua pada 2022 adalah empat kali ganda daripada jumlah yang direkodkan pada tahun 2020.

Peningkatan empat kali ganda itu tidak termasuk mereka yang memohon untuk memperolehi paspot bagi negara ketiga dan keempat.

Dengan keadaan hidup di AS ketika ini, sekitar 40% daripada rakyat Amerika layak untuk memperolehi kerakyatan Eropah sebagaimana yang dinyatakan oleh Global RCG, sebuah syarikat konsultan yang membantu warga AS untuk mendapatkan kerakyatan asing serta permit permastautin.

Dilaporkan juga bahawa lebih 3 ribu warga Amerika telah memohon untuk mendapatkan pasport negara Ireland pada setengah tahun pertama tahun ini, berbanding dengan tahun lepas.

Warganegara AS juga dilaporkan cenderung untuk memiliki kewarganegaraan beberapa negara seperti Itali dan Jerman.

Perkara tersebut telah dikenal pasti daripada statistik yang diterbitkan oleh pihak kerajaan serta beberapa konsultan kewarganegaraan bebas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: