Tempatan

Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – Seorang peguam dan juga aktivis, saudara Aidil Khalid telah mempersoalkan tentang tindakan Jabatan Peguam Negara dalam menarik kembali rayuan kes Jill Ireland yang berkenaan dengan kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama bukan Islam.

Beliau menyatakan persoalan tersebut menerusi sebuah hantaran akaun Facebooknya yang dimuat naik pada hari Isnin.

BACA JUGA: Lempar Objek Dipercayai Bom, Seorang Suspek Diburu

BACA JUGA: Vernakular: Hak Kita Dirampas, Sekolah Agama Macam Anjing? – CIJ

BACA JUGA: Siklon Mocha: Pulau Pangkor Tangguh Aktiviti Rekreasi Laut

Menurutnya, dua tahun lalu iaitu pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan semakan kehakiman yang telah difailkan oleh Jill Ireland. Ireland juga telah mengisytiharkan bahawa beliau berhak untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan agama dan pendidikan.

Namun Jabatan Peguam Negara kemudiannya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi membetulkan kembali keputusan Mahkamah Tinggi.

Aidil turut menyatakan bahawa terdapat Peguam Kanan Persekutuan yang menegaskan bahawa Hakim terkhilaf dalam membuat keputusan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada konsep ketuhanan agama itu.

Aktivis tersebut kini mempersoalkan akan tindakan Kerajaan Perpaduan dalam mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan yang telah dibuat bagi membetulkan kembali keputusan Mahkamah Tinggi. Menurutnya,

“Persoalannya sekarang, dalam keadaan di mana Peguam Kanan Persekutuan mewakili Jabatan Peguam Negara sendiri sudah jelas dan terang ingin meneruskan rayuan, serta berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah salah lagi tersilap; mengapakah kerajaan perpaduan nan madani lagi terlebih rahmah ini mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan tersebut?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: