Tempatan

Wanita Di Malaysia Lebih Terdedah Risiko Kewangan – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 29 Ogos 2023 – Wanita di Malaysia lebih terdedah kepada risiko kewangan berbanding lelaki, menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2023.

Sebagai perincian, RinggitPlus dalam kenyataan berkata 75 peratus responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan berbanding 66 peratus lelaki.

Hal itu didapati disebabkan oleh penyertaan tenaga kerja yang rendah serta jurang gaji yang kian meningkat.

“Selain itu, 69 peratus responden wanita pula berupaya bertahan kurang daripada tiga bulan dengan hanya simpanan mereka, berbanding 64 peratus lelaki.”

“Malangnya, simpanan yang kurang secara langsung menyebabkan mereka terdedah akan sebarang risiko sekiranya berlakunya situasi kecemasan seperti kehilangan pekerjaan atau perbelanjaan di luar jangkaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, cabaran dalam menyimpan wang telah menjejaskan keupayaan wanita di Malaysia untuk menambahkan simpanan dan membina dana persaraan mereka pada masa depan.

Secara keseluruhan katanya, RMFLS 2023 memberi cerminan status tunai rakyat negara dilihat masih tidak seimbang walaupun Malaysia kekal optimis dalam mengharungi liku ekonomi global disebabkan tekanan inflasi dan ketidaktentuan permintaan komoditi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: