Wanita China Punca Kecoh KLIA Didakwa Belum Pulang? KP SPRM Sila Jawab – CIJ
KUALA LUMPUR, 12 Julai 2023 – “Katanya, SPRM maklumkan bahawa mungkin dua wanita China yang menyebabkan kekecohan dekat KLIA oleh Menteri Pelancongan kononnya dah balik ke negara asal selepas selesai siasatan. Tiba-tiba dapat berita katanya tak ada rekod dua warga China yang mengatakan mereka dah balik,” kata Cikgu Izzat Johari (CIJ).
Menerusi akaun TikToknya, Pengerusi Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia itu turut melampirkan dua tangkap layar tajuk berita dari sebuah portal tempatan yang bertajuk “Dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal – Azam Baki” dan “Tiada rekod wanita China punca kecoh KLIA pulang”.
BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Rempuh Sabah Sarawak 3 Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: Menteri Jamin Harga Barangan Stabil Sepanjang Tahun, Dakwaan Naik Sebab PRN
BACA JUGA: Hidang Daging Haram Dilabel ‘Halal’, Pihak Sekolah Akui Terkhilaf
Oleh sebab itu CIJ menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk memberikan jawapan.
“Dua warga China sekejap dah balik, sekejap tak balik. KP SPRM, tolonglah bagitahu apa cerita sebenarnya ni? Dua warga China ni pun tak boleh nak urus, 1.2 juta warga China yang hilang… KP SPRM, Menteri Pelancongan ni mana? Tak sayang ke negara?” tempelak CIJ.
Awal minggu lalu, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa dua wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu sudah pulang ke negara asal pada 5 Julai 2023.
Namun, menurut CIJ, sebuah portal tempatan semalam mendedahkan bahawa, berdasarkan rekod keluar dan masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati wanita itu masih berada dalam negara ini.
Semakan samudera.my mendapati laman berita yang dikongsikan oleh CIJ telah dipadam, namun masih terdapat portal lain yang melaporkan akan hal tersebut.
@xsamudera Wanita Chin@ Punca Kecoh Klia Didakwa Belum Pulang? – Cikgu Izzat Johari #educationalpurposes #samuderadotmy ♬ original sound – Xsamudera