Antarabangsa

Wanita Berhijab Dilarang Masuk Premis Perniagaan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 29 Ogos 2022 – Beberapa premis perniagaan di Mesir telah melarang golongan wanita berhijab dari memasuki premis perniagaan mereka.

Menerusi hasil tinjauan saluran berita antarabangsa, daripada 15 premis yang ditempah, kebanyakannya meminta untuk melihat profil laman media sosial tetamu dan 11 daripada mereka memaklumkan bahawa wanita berhijab tidak dibenarkan masuk.

Apabila sepasang suami dan isterinya yang memakai hijab tiba di sebuah restoran, mereka diberitahu oleh penjaga pintu bahawa hijab adalah dilarang kerana restoran tersebut mempunyai bar yang mungkin menyinggung wanita berhijab itu.

Pengurus kedai berkenaan pula mengesahkan, “Tudung itu diharamkan.” Walau bagaimanapun, apabila diminta menunjukkan bukti polisi, pihak mereka menafikan mempunyai sebarang polisi menolak kemasukan wanita berhijab.

Sementara itu, penjaga pintu sebuah restoran mewah di Kaherah juga menyatakan hal yang sama.

“Masalahnya ialah pada tudung. Ini adalah peraturan kedai.”

Tinjauan berkenaan turut mendapati beberapa syarikat pembangunan mewah menghalang wanita berhijab daripada membeli pangsapuri percutian.

Berikutan itu, hasil tinjauan tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Dewan Pertubuhan Pelancongan dan Restoran, Adel El-Masry.

Ujarnya, “Belum pernah dalam mana-mana era kementerian pelancongan mengeluarkan keputusan melarang wanita. Ini tidak boleh diterima. Diskriminasi tidak boleh diterima, ini adalah tempat awam.”

Ahli Parlimen Mesir, Amira Saber Qandil yang juga merupakan seorang peguam bela hak wanita mengatakan bahawa perlembagaan Mesir jelas melarang diskriminasi sedemikian.

“Saya pasti akan menggunakan salah satu kuasa parlimen saya untuk bertanya kepada pegawai kerajaan, bagaimana kita boleh memastikan perkara ini tidak berulang dan jika ia berlaku, pesalah harus dihukum,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button