Tempatan

KEMALANGAN: Terowong Menora-Kuala Kangsar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA KANGSAR, 31 Oktober 2022 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan terdapat kemalangan kereta yang berlaku di laluan Terowong Menora-Kuala Kangsar (KM 257.0 arah Utara) petang ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman sosial Twitter itu, kejadian tersebut menyebabkan lorong di sebelah kanan terhalang dan trafik di lokasi kejadian menjadi perlahan.

“Terdapat kemalangan kereta dilaluan; Terowong Menora-Kuala Kangsar (KM 257.0 arah Utara). Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan di lokasi.”

Orang ramai dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati ketika melalui terowong tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: