Tempatan

8 Item Tersenarai Dalam SHMMP Deepavali 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 November 2023 – Sebanyak lapan jenis barangan tersenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 yang berkuatkuasa dari 9 November hingga 15 November 2023, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).

“Tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, Kementerian telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini.

Antara barangan yang terlibat di bawah Skim tersebut ialah bawang merah besar importbawang merah kecil (India) tidak termasuk Roscili merahdaging kambing biri-biri bertulang importkacang dal (Australia)kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja) dan tomato.

Menurut KPDNKSH, tempoh pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi menjamin kestabilan harga kepada kedua-dua pihak sama ada di peringkat pengguna mahupun peniaga.

Katanya, senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor permintaan serta penawaran, kos semasa, cuaca, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan faktor-faktor luaran seperti ekonomi global.

Malahan, penentuan harga itu juga turut dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain industri.

“SHMMP Deepavali 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta KAwalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.”

Dalam masa yang sama, Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDN di seluruh negara turut akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat membeli belah barangan keperluan perayaan bagi menjalankan penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: