Tempatan

Waktu Kerja Lebih Pendek Mampu Hasil Produktiviti Lebih Baik – MTUC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2022 – Cadangan waktu kerja lebih pendek mampu memberikan keseimbangan waktu peribadi dan kerja sekali gus membawa kepada hasil produktiviti lebih baik, menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.

Tambah beliau, MTUC percaya dengan pelaksanaan kerajaan untuk selaraskan piawaan antarabangsa akan membantu pekerja untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan memberi kesan yang baik kepada syarikat.

“Kalau kita lihat perbandingan antara negara-negara lain juga seperti Singapura mempunyai waktu bekerja selama 44 jam walaupun kita lihat piawaian antarabangsa iaitu selama 40 jam tapi ini adalah tempoh yang terbaik setakat ini untuk negara kita menuju ke arah 40 jam itu,” kata Mohd Effendy Abdul Ghani.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang Bin Hashim dalam satu sesi Dewan Negara memaklumkan bahawa tempoh bekerja dalam seminggu mungkin akan dikurangkan dari 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengurangan waktu bekerja ini selaras dengan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa serta usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti buruh dan menjaga kebajikan pekerja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: