Wajibkan Ujian Saringan Kesihatan Mental Murid Sekolah Dua Kali Setahun
KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Kementerian Pendidikan disyorkan untuk mewajibkan pelaksanaan ujian saringan kesihatan mental murid sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata ianya penting bagi mengenal pasti lebih awal sekiranya murid mempunyai masalah kesihatan mental.
“Apabila masalah itu dapat dikenal pasti di peringkat awal, kaedah intervensi boleh dilaksanakan lebih mudah, berbanding selepas keadaan mental pelajar sudah di tahap serius.”
“Dengan adanya ujian saringan, mana-mana murid yang dikenal pasti mempunyai masalah boleh terus dihantar untuk kaunseling bagi tindakan selanjutnya,” ujar beliau.
BACA JUGA: “Biseksual, Gay, MSM Digalakkan Memohon” – Universiti Tempatan
BACA JUGA: Pekerja Kesihatan Akan Ditambah Untuk Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
BACA JUGA: Dituduh Niat Kenyataan Anti LGBT, NGO Selar MP
Dalam pada itu, Dr Fauziah memaklumkan bahawa saringan tersebut boleh dilakukan menggunakan Ujian Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS).
Beliau juga mengakui di sekolah sudah ada kaunselor namun kesedaran dalam menggunakan perkhidmatan kaunselor mungkin perlu dipertingkatkan.
Dr Fauziah berkata sedemikian susulan kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengenai rekod yang menunjukkan masalah kesihatan mental bagi penduduk berusia 16 tahun ke atas semakin melarat.