Wahabi Tak Selari, Masyarakat Islam Sarawak Harus Pegang Teguh Fahaman Sederhana – HIKMAH
KUCHING, 27 Februari 2023 – Harakah Islamiah (HIKMAH), sebuah pertubuhan Islam di Sarawak menekankan bahawa fahaman Wahabi tidak selari dengan objektif pertubuhan itu sekali gus menyeru masyarakat Islam Sarawak berpegang teguh pada fahaman agama yang sederhana.
Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz berkata, sebarang percubaan untuk menyebarkan dan menerapkan fahaman atau aliran Wahabi melalui aktiviti, kegiatan, program, ceramah dan kelas anjuran HIKMAH adalah sama sekali tidak selari dengan objektif HIKMAH.
Menurutnya, organisasi itu mempunyai objektif dalam memperkemaskan bimbingan ke arah kefahaman sebenar mengenai Islam sebagai agama kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Justeru itu, mana-mana individu yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi bukan mewakili pertubuhan HIKMAH.
BACA JUGA: Tiada Tauliah, JAIS Batal Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus
BACA JUGA: Sedekad Terkandas, Pelarian Protes Dasar Australia Dengan Jahit Mulut Sendiri
Belanjawan 2023: Sumbangan Tunai Rahmah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah
Mereka turut menegaskan bahawa HIKMAH berpegang teguh dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah serta menafikan khabar angin dan aduan yang mengaitkan HIKMAH dengan fahaman luar seperti Wahabi.
Mengulas lanjut, organisasi itu juga telah menyeru semua pihak untuk saling menghormati dan bersikap sensitif dalam perkara-perkara melemahkan perpaduan ummah.