Tempatan

Wabak Pertussis: Situasi Terkawal, JKN Pahang Terus Pantau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROMPIN, 21 Ogos 2023 – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan bahawa situasi wabak penyakit Pertussis atau batuk kokol berada dalam keadaan terkawal dan pihaknya akan terus memantau kejadian wabak tersebut, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu adalah merujuk kepada satu kenyataan yang tular di media sosial berhubung surat ‘Makluman Pengisytiharan Wabak Pertussis di Rompin’ bertarikh 14 Ogos 2023.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, YH Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, terdapat satu kejadian penyakit Pertussis di Kampung Bahagia, Rompin melibatkan tiga ahli keluarga iaitu dua orang anak dan ibu, yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin.

Ketiga-tiga pesakit itu adalah warganegara Malaysia dan kesemua pesakit telah diberikan rawatan serta berada dalam keadaan stabil.

BACA JUGA: USA Semakin Mundur Ketahap Dunia Ketiga: Trump

BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan

BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

Berkata dalam kenyataan yang sama, beliau memaklumkan bahawa PKD Rompin telah meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan di kawasan tempat tinggal pesakit-pesakit tersebut.

Malah, aktiviti pendidikan kesihatan melalui ceramah, edaran risalah dan informasi media sosial juga telah pun diberikan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga akan terus memantau kejadian ini serta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi memastikan penularan tidak berlaku. Situasi penyakit ini adalah terkawal,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, Pertussis atau batuk kokol ini merupakan penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis di mana kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.

Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia namun, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: