Antarabangsa

Tentera Sudan Setuju Gencatan Senjata 72 Jam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHARTOUM, 29 April 2023 – Komander Jeneral Tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, memberi kelulusan awal untuk melanjutkan gencatan senjata selama 72 jam lagi.

Katanya dalam satu kenyataan, kelulusan lanjutan gencatan senjata itu dibuat secara unilateral.

Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Khamis bersetuju melanjutkan gencatan senjata sedia ada, yang tamat pada tengah malam Khamis, lapor Xinhua.

BACA JUGA: Apa Peranan Sebenar OIC? Menteri Pertanian Persoal Keabsahan OIC

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Jenayah Kebencian Bakal Meningkat Di AS Menjelang Pilihan Raya 2024 – Pemerhati

Gencatan senjata ketika ini gagal menghentikan pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum dan wilayah lain, namun ia membuka peluang kepada negara asing untuk memindahkan diplomat dan rakyat mereka dari negara yang dilanda konflik itu.

Sementara itu, RSF dalam satu kenyataan di Twitter berkata, pihaknya bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam.

Menurutnya lagi, RSF akan memberi komitmen terhadap syarat-syarat gencatan senjata kemanusiaan, dengan mengambil kira keadaan rakyat Sudan serta bagi memudahkan pemindahan warga diplomatik dan rakyat asing.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, konflik bersenjata yang tercetus antara tentera Sudan dan RSF pada 15 April telah mengorbankan sekurang-kurangnya 459 orang dan mencederakan lebih 4,000 orang setakat ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: