‘Virus Pembunuh’ Merebak, WHO Adakan Mesyuarat Tergempar
MALABO, 15 Februari 2023 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar pada Selasa susulan ‘meletusnya’ ‘virus pembunuh’ di Guinea Khatulistiwa, Afrika.
Virus yang dikenali dengan nama virus Marburg itu, yang dianggap lebih berbahaya dari Ebola telah meragut sembilan nyawa di negara itu setakat ini.
Menurut WHO, “tindak balas kecemasan” kini telah diaktifkan di seluruh negara di tengah-tengah kebimbangan ratusan orang lagi mungkin telah dijangkiti virus Marburg yang mempunyai kadar kematian 88 peratus.
BACA JUGA: Tiada Gempa Bumi Sabah Sarawak, METMalaysia Laksana Pemantauan Berterusan
BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani
BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik
Patogen yang sangat berjangkit – yang menyebabkan sesetengah penghidap berdarah dari mata mereka – telah disebut-sebut sebagai ancaman pandemik besar seterusnya, dengan WHO menyifatkannya sebagai ‘rawan wabak’.
Wabak di Guinea Khatulistiwa itu berlaku hanya beberapa bulan selepas Ghana melaporkan wabak pertamanya, yang menandakan kali kedua penyakit itu dikesan di Afrika Barat.
Marburg pada mulanya ditularkan kepada manusia daripada kelawar buah dan merebak di kalangan manusia melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti, permukaan dan bahan.
Gejala muncul secara tiba-tiba dan termasuk sakit kepala yang teruk, demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah.
Pesakit yang dijangkiti menjadi ‘seperti hantu’, – mata mengembang ke dalam dan wajah tanpa ekspresi.
Ini biasanya disertai dengan pendarahan dari pelbagai lubang – termasuk hidung, gusi, mata dan faraj.