Virus Oropouche Merebak Ke Eropah
SELASA, 20 Ogos 2024 – Eropah sedang menghadapi kemasukan virus Oropouche yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan dua kematian tragis yang dikaitkan dengan virus itu di Brazil, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), 19 jangkitan telah dilaporkan di seluruh Eropah, dengan 12 kes dikenal pasti di Sepanyol, lima di Itali dan dua di Jerman.
Semua individu yang didiagnosis dikatakan telah pergi ke kawasan di mana virus itu sudah ada terutamanya ke Cuba dan Brazil.
Sehubungan itu, ECDC dan profesional kesihatan menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran mengenai gejala seperti sakit kepala, demam panas, sakit otot dan kekakuan sendi yang dilihat selepas pendedahan gigitan kepada serangga yang dijangkiti.
Gejala ini biasanya berkembang dalam tempoh empat hingga lapan hari selepas jangkitan dan boleh berlarutan dari tiga hingga enam hari, menyerupai keadaan demam lain.
Virus Oropouche yang pertama kali ditemui di Sungai Oropouche di Trinidad dan Tobago pada tahun 1955 merebak melalui gigitan daripada midges dan nyamuk yang dijangkiti.