Antarabangsa

Virus Langya Bukan COVID 2.0 – Saintis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 13 Ogos 2022 – “’Pada peringkat ini, LayV tidak kelihatan seperti COVID-19 sama sekali, tetapi ia adalah satu lagi peringatan tentang ancaman yang menimbulkan kerisauan yang disebabkan oleh banyak patogen yang beredar dalam populasi haiwan liar dan ternakan yang berpotensi menjangkiti manusia,” kata Profesor Francois Balloux, Pakar Penyakit Berjangkit di University College London.

Kenyataan ini dilihat senada dengan kenyataan dari para saintis terkemuka yang memberi jaminan bahawa Langya henipavirus (LayV) langsung tidak sama dengan COVID-19.

“Ini bukan COVID 2.0,” tegas mereka.

Baru-baru ini, seramai 35 individu di wilayah Shandong dan Henan di Taiwan dijangkiti dengan Langya henipavirus (LayV) antara Disember 2018 dan pertengahan 2021.

35 pesakit itu dikenal pasti tidak mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain dan menerusi pengesanan antara kontak rapat, tiada penularan virus dalam kalangan kenalan rapat serta keluarga.

Tambah Professor Francis Balloux, LayV mempunyai potensi wabak yang rendah.

Wang Linfa, seorang profesor dalam Program Penularan Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan Duke – NUS, berkata, terkini tiada sebarang kes maut atau serius yang melibatkan virus ini serta tiada kes penularan dari manusia ke manusia.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada vaksin mahupun rawatan bagi mengubati virus ini melainkan pengurusan komplikasi dan memberikan sokongan.

Berikutan kemunculan virus ini, Taiwan mengumumkan ia akan memulakan penjujukan genom dan mengukuhkan langkah pengawasan untuk virus tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: