Antarabangsa

Budak 7 Tahun Maut Dikejar Tentera Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUQU’, 30 September 2022 – Seorang kanak-kanak Palestin berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika dikejar tentera rejim haram aparteid Israel di Tuqu’, sebuah bandar tenggara Bethlehem, Baitulmaqdis.

Lapor media Arab, Rayan Yasser Suleiman, 7 tahun, telah dikejar oleh tentera pendudukan bersama pelajar sekolah yang lain di kawasan Khirbet Al-Deir ketika dalam perjalanan pulang menuju ke rumah mereka.

Menurut ibu bapa mangsa dan juga pihak Kementerian Kesihatan, Rayan telah jatuh dari tempat yang tinggi ketika dikejar tentera rejim Zionis.

Namun, media negara haram aparteid Israel telah melaporkan sebaliknya, di mana mangsa dipercayai rebah ke lantai selepas jantungnya berhenti berdegup ketika tentera rejim Zionis menyerbu rumah mangsa untuk menangkap saudara-saudaranya.

Walaupun sebelum ini kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, Rayan dikatakan telah mengalami serangan jantung kerana terlalu takut dengan dengan serbuan tentera rejim.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kakitangan perubatan di Hospital Kerajaan Beit Jala telah menerima pesakit berusia tujuh tahun yang sampai ke bilik kecemasan tanpa denyutan nadi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: