Tempatan

Video Tular: ‘Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Sejak beberapa hari lepas, telah tular satu video dengan tajuk “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak”. Video yang dimuatkan oleh page Facebook Hud Hud Crew tersebut memuatkan satu rakaman berdurasi 4 minit. Video tersebut memuatkan rakaman percakapan individu yang dikatakan Ketua Biskop Archdiocese Kuala Lumpur, Julian Leow yang bercakap tentang perancangan 25 tahun beliau sebagai Ketua Biskop Kuala Lumpur.

Kontroversi timbul apabila suara yang dirakamkan tersebut menggunakan perumpamaan ‘merebus katak sehingga perlahan-lahan mati’ untuk menggambarkan perancangan yang bakal beliau jalankan untuk berhadapan dengan proses Islamisasi negara.

Rakaman tersebut dinyatakan dibuat oleh ahli jemaah gereja St Francis Xavier, Petaling Jaya yang mahu perancangan tersebut didedahkan supaya perancangan yang beliau anggap bakal menjejaskan keharmonian hidup beragama antara Kristian dan umat Islam tidak terjejas. Pemilik akaun Hud Hud Crew tersebut turut menjelaskan bahawa isu Kalimah Allah turut merupakan sebahagian dari perancangan yang dijalankan.

Tinjauan kami pagi ini ke page Hud Hud Crew mendapati video tersebut sudah diturunkan.

Presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur, Godfrey Thomas Fernandez, dalam menjawab isu ini menjelaskan rakaman yang dimuatkan itu diambil di luar konteks serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam pada itu Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya, dalam kenyataannya pagi ini, menuntut Julian Leow untuk tampil memberi penjelasan berkenaan perancangan 25 tahun tersebut. Beliau juga menyatakan, kenyataan Presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur menunjukkan beliau secara tidak langsung mengakui rakaman tersebut tulen tetapi hanya menyatakan ianya dibuat di luar konteks.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya? Puas saya memikirkan kemungkinan konteks dan sisi baik dari ucapan ‘rebus katak’ sedemikian. Kita mahu tahu juga apa ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: