Veteran Tentera Tidur Bawah Jambatan, Tapi Penceroboh Musang King Mahu Diberi Geran Tanah – AJK Pusat GMPN
RAUB, 14 Julai 2023 – “Jadi kita rasa veteran-veteran memang sekarang ini memandang satu pandangan yang sinis kepada Kerajaan hari ini. Bukan kita nak pilih mana-mana Kerajaan tapi bila Kerajaan tidak memandang pada veteran-veteran yang pernah berjuang, yang putus kaki, yang tiada tangan, buta mata, ada yang tidur bawah jambatan dah veteran tentera ni!” Tegas Abdul Latib Abdullah, AJK Pusat Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negeri Pahang (GMPN).
Beliau menyatakan sedemikian dalam sebuah himpunan melibatkan lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam.
Himpunan diadakan bagi membuat laporan polis terhadap pimpinan DAP yang menyokong pencerobohan tanah haram di Raub.
BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: PRN: Terengganu Larang Kempen Di Masjid, Surau
BACA JUGA: Kes Tular Kanak-Kanak Maut Ketika Dapatkan Rawatan: HTAR Jalankan Siasatan
Menurut Abdul Latib, golongan veteran tentera pernah dijanjikan bermacam bantuan termasuk tanah 1 ekar, tapi satu pun tak pernah dapat. Mereka juga pernah memohon memasuki tanah namun didakwa menceroboh mengikut Akta Kanun Tanah Negara Seksyen 425.
Lantaran itu, beliau menggesa Kerajaan mengambil tindakan adil dan setimpal terhadap penceroboh-penceroboh haram sebagaimana yang dihadapi para veteran negara yang dikenakan hukuman mengikut Seksyen 425.