Tempatan

Veteran Tentera Ceroboh Penjara 2 Tahun, Pekebun Haram Ceroboh Bakal Dapat Geran – AJK Pusat GMPN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 14 Julai 2023 – Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negeri Pahang, Abdul Latib Abdullah mempersoalkan mengapa Akta Kanun Tanah Negara Seksyen 425 tidak dikenakan kepada pekebun haram durian Musang King Raub sehinggakan mereka dicadangkan untuk menerima geran.

“Seperti yang tuan-tuan tahu, pernah seorang anggota tentera veteran dipenjarakan dua tahun, didenda RM50,000 kerana menceroboh tanah satu ekar sahaja. Jadi kami rasa memang kami tercabar sebagai seorang veteran di mana kita memperjuangkan negara, kita mempertahankan negara.”

BACA JUGA: Kes Tular Kanak-Kanak Maut Ketika Dapatkan Rawatan: HTAR Jalankan Siasatan

BACA JUGA: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disekat Pihak Tertentu

BACA JUGA: Bolehkah,Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya

“Kita tahu, kita berjuang, berjuang tapi kita dinafikan. Kenapa Kerajaan tidak menggunakan Akta Kanun Tanah Negara Seksyen 425 kepada penceroboh-penceroboh ini. Sedangkan veteran itu hari, Encik Abdul Rahman dikenakan Akta Seksyen 425 di mana dipenjarakan dua tahun didenda RM50,000. Kenapa yang ini tidak boleh dilaksanakan?” soal beliau sambil menunjukkan kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mendesak agar penceroboh ladang durian haram ini diberikan lesen dan geran.

“Ke mana perginya akta ini, ke mana perginya seksyen ini? Kenapa benda ini boleh diperkotak katikkan? Ini undang-undang negara. Melanggar Rukun Negara, tidak mematuhi Rukun Negara, rukun Kesopanan dan Kesusilaan,” tegasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya turut menyelar tindakan Ahli Parlimen Raub itu dengan menyatakan bahawa pemimpin yang menyokong tindakan penceroboh merupakan perosak kepada negara.

Terdahulu, Ahli Parlimen Raub mengatakan bahawa penceroboh ladang durian di Raub wajar diberikan lesen serta geran tanah atas dasar hak asasi manusia, seperti yang dilaporkan samudera.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: