Tempatan

CAP Gesa PM Batalkan Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 07 Mei 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim membatalkan projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).

Tegas Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, “Projek PSI ini akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, keterjaminan makanan, iklim, komuniti nelayan, dan demografi Pulau Pinang.”

Beliau berpendapat bahawa ianya bercanggah dengan rangka kerja dasar Madani, di mana salah satu tonggaknya ialah menggalakkan pembangunan mampan.

Menurutnya, projek ini bukan sahaja berisiko mengakibatkan kemusnahan kawasan perikanan di Pulau Pinang bahkan ia menghasilkan pelepasan karbon sebanyak 3.2 juta tan setahun dan melanggar komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris.

BACA JUGA: Erdogan Label Pihak Lawan Sebagai Pengamal & Pendokong LGBT

BACA JUGA: Saran PMX ‘Teliti Semula’ Perkara 153, Kenyataan MP Pasir Gudang Hanya Retorik – Presiden PUTRA

BACA JUGA: Isu Gula: Peniaga Dilarang Jual Bersyarat – KPDN

Mohideen juga menekankan, sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan, ia akan mendorong kepada perubahan demografi yang besar dengan pemindahan komuniti nelayan dan golongan B40 mencari perlindungan di tempat lain.

“Tempat mereka ini akan diambil alih oleh penduduk tempatan dan warga asing yang kaya dari China, Hong Kong dan Barat. Adakah dengan memihak kepada golongan elit kaya tempatan dan asing ini selaras dengan prinsip Madani?” soalnya.

Tambah beliau lagi, sebaiknya dana RM16 bilion digunakan untuk membantu golongan miskin dan terpinggir dari segi menaik taraf sektor penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

“Kerajaan Negeri sepatutnya memberi tumpuan untuk menarik pelaburan di sana dan bukan mencurahkan wang ke laut bagi projek bermasalah ini,” luah beliau.

Mengulas lanjut, projek mega PSI yang bakal mewujudkan tiga buah pulau di Pulau Pinang telah ditentang banyak pihak termasuk Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) dan beberapa NGO alam sekitar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: