Antarabangsa

Vaping Kurangkan Risiko Kesihatan, Namun Vaping Di Kalangan Kanak-kanak Harus Dikekang – King’s College London

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 30 September 2022 – Sebuah kajian oleh pengkaji di King’s College London mendapati bahawa perpindahan daripada rokok kepada rokok elektronik (vape) mampu mengurangkan risiko kesihatan secara drastik.

Menurut laporan, kajian yang dilakukan mendapati bahawa perokok yang berubah kepada vape mampu mengurangkan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh mengakibatkan kanser, penyakit jantung & paru-paru.

“Mengewap (vaping) hanya memberikan sebahagian kecil risiko merokok dalam jangka masa singkat ke sederhana, tetapi ia tidak bermakna yang vape tiada berisiko,” jelas Dr Debbie Robson, salah seorang pengkaji.

Menurut kajian tersebut, kandungan bahan bertoksik dalam rokok seperti nitrosamine, karbon monoksida dan sebatian organik meruap adalah lebih rendah atau sama dalam vape.

Namun, para pengkaji tersebut juga menekankan bahawa pilihan yang terbaik adalah untuk tidak menggunakan mana-mana sama ada rokok mahupun vape; serta mereka menegaskan supaya kegiatan ini dalam kalangan kanak-kanak perlulah dikekang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: