Tempatan

Vape Sebagai Cara Untuk Berhenti Merokok – MOVE

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2022 – Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (MOVE), Samsul Kamal Ariffin menyatakan bahawa vape dilihat sebagai satu-satunya cara terbaik untuk berhenti merokok berbanding langkah-langkah lain.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Public Health of England (PHE), vape adalah 95 peratus lebih baik daripada rokok.

“Saya nak jelaskan, ada kalangan kita merokok semasa muda dulu. Itu adalah keputusan salah kita buat suatu ketika muda. Sudah pelbagai cara kita lakukan untuk berhenti merokok dan satu-satunya boleh buat kami berhenti merokok adalah vape,” katanya.

Beliau mengatakan bahawa kajian yang dilakukan PHE menerusi ujian pengesanan toksid di hidung, lidah dan paru-paru turut mendapati bahawa vape adalah lebih selamat berbanding rokok dan tembakau.

Malah, katanya nikotin di dalam vape adalah sama seperti kafein yang terdapat di dalam kopi.

“Kita jangan lihat nikotin ini sebagai perkara yang taboo. Mengapa kita kata nikotin ini harus dielakkan, sedangkan dalam makanan ada nikotin,” soalnya.

“Rokok yang membuatkan kita jadi sakit ini bukan nikotin sebenarnya. Tar sebenarnya yang membuatkan kita jadi sakit dan berapa banyak kimia berbahaya lagi dalam rokok yang membahayakan kesihatan kita,” ujarnya.

Katanya, banyak informasi yang tidak tepat sejak vape memasuki pasaran Malaysia.

“Kalau nak bercakap kena bercakap atas fakta sains yang diterima oleh peer research yang dilakukan oleh banyak badan dalam dunia. Antaranya Public Health of England (PHE). Ini badan yang mengiktiraf doktor-doktor dalam dunia ini yang menjalankan kajian ke atas vape, didapati bahawa vape 95 peratus lebih selamat daripada merokok,” tegasnya.

Justeru, beliau menyatakan bahawa isu vape ini seharusnya dilihat dengan minda terbuka dan berasaskan fakta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: