Tempatan

Vape Perlu Cop SIRIM Mulai 3 Ogos

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 April 2022 –Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan perintah untuk meletakkan penandaan MS SIRIM pada peranti rokok elektronik, alat gantinya atau pada bekas peranti yang mudah dilihat oleh pengguna berkuat kuasa 3 Ogos ini.

Perintah itu dikeluarkan bagi tujuan memastikan peranti rokok elektronik yang dihasilkan atau diimport menepati standard keselamatan yang ditetapkan.

Kementerian itu mengatakan bahawa semua pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik tersebut diwajibkan untuk membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

“Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada peranti rokok elektronik menunjukkan ia telah mematuhi standard dan selamat digunakan,” katanya.

Baru-baru ini, KPDNHEP mewartakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

KPDNHEP menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat pihak yang melanggar perintah itu.

“Bagi syarikat, denda RM200,000 boleh dikenakan dan RM500,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya.

 

Leave a Reply

Back to top button