Antarabangsa

USA Semakin Mundur Ketahap Dunia Ketiga: Trump

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 21 Ogos 2023 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah membuat kenyataan bahawa negara tersebut kini semakin mundur dan menuju ke tahap dunia ketiga.

Kenyataan tersebut dibuat sewaktu beliau ditemu bual oleh wartawan media Fox Business pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan yang sama, Trump turut memberi amaran berkenaan status dolar AS yang kini sedang kehilangan kuasanya sebagai matawang rizab dunia dan ianya telah menggoyahkan kedudukan negara tersebut dari sudut geopolitik.

Ujarnya, “Negara kita sekarang sedang binasa dan kita tidak akan menjadi kuasa besar”.

BACA JUGA: Proses Pengesahan Mangsa Nahas Pesawat Dijangka Selesai Isnin Ini

BACA JUGA: Rejim Haram Israel Musnahkan Sekolah Palestin Di Ramallah

BACA JUGA: Didakwa Melombong Silika Secara Haram, Pengurus Projek Dihadapkan Ke Mahkamah

“Kita ada kuasa, namun ianya kini semakin pudar. Ia kini kian memudar dari segi (kelemahan) matawang kita”.

Beliau juga menyatakan bahawa jika dolar AS kehilangan statusnya sebagai matawang rizab dunia, maka ianya lebih teruk daripada kalah di dalam peperangan.

Dalam membuat alasan tentang kemunduran negara tersebut, beliau mengatakan bahawa AS kini semakin mundur ke tahap dunia ketiga dengan banyak cara.

Katanya lagi, “Lihatlah pada lapangan terbang kita, lihat pada terminal-terminal kita, kamu tengoklah jalan-jalan kita yang kotor serta jalan-jalan yang rosak dan banyak lagi. Kita dan macam negara dunia ketiga sekarang ini”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: