NGO

Kenyataan Rasis: PERKASA Kedah Buat Laporan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA KEDAH) mengecam segala kenyataan yang berunsur rasis dan berunsur perkauman di negara ini.

Justeru itu kepimpinan PERKASA KEDAH hadir ke IPD KUALA MUDA bagi membuat laporan polis untuk pihak polis menjalankan siasatan terperinci kepada mana-mana individu yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat Malaysia dengan isu perkauman.

PERKASA Kedah berharap segala kenyataan seperti ini dapat dihentikan serta-merta kerana bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan orang Melayu serta menjadi punca wujudnya pergaduhan di antara kaum di Malaysia ini.

Azrol Bin Mansor
Ketua Penerangan PERKASA Kedah

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: