Antarabangsa

GEMPAR! Catwalk Pertunjukan Fesyen Di Perkarangan Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAWA BARAT, 29 September 2022 – Sebuah video tular sejak beberapa hari lalu menggemparkan serta menimbulkan kemarahan orang ramai apabila sebuah pertunjukan fesyen telah diadakan di perkarangan Masjid Agung Ciamis, Jawa Barat, lapor sebuah portal berita tempatan.

Video pertunjukan fesyen yang tular itu menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul di halaman masjid untuk memperagakan pakaian telah mendapat kecaman orang ramai kerana ia disifatkan sebagai melanggar norma agama serta kesusilaan.

Lapor portal tersebut, mereka dilihat berjalan ‘catwalk’ sewaktu mempamerkan pakaian serta aksesori yang dipakai.

Menurut Ketua Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) Masjid Agung Ciamis, Wawan S Arifin, penganjur serta peserta acara akan diberikan hukuman oleh pihaknya susulan insiden berkenaan.

“Mereka diminta mengikuti pembelajaran ilmu agama secara rutin iaitu dua minggu sekali selama tiga bulan di masjid ini,”

“Pada mulanya, penganjur memang ada memaklumkan acara itu di sekitar jalan Ciamis. Namun entah kenapa mereka melakukan aktiviti itu di halaman masjid,” jelas beliau.

Ketua Komuniti Ciamis MUA, Santi Novianti bagaimanapun memohon maaf kepada semua warga masyarakat susulan acara pertunjukan fesyen itu.

“Kami minta maaf kepada seluruh masyarakat Kabupaten Ciamis khususnya kepada DKM dan ulama ciamis,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Ketua DKM masjid berkenaan mengingatkan masyarakat untuk tidak meniru perbuatan yang dilakukan penganjur tersebut.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: