Vaksin & Ramadan: Vaksinasi Hanya Pada Waktu Malam – Dr Adham Baba
Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
PUTRAJAYA, 2 April 2021 – Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan bahawa suntikan vaksin pada bulan Ramadan akan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
“Pemberian vaksin pada waktu malam akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sepanjang Ramadan yang dijangka bermula pada 13 April hingga sambutan Aidilfitri pada 13 Mei,” ujarnya.
Menyentuh mengenai hukum suntikan vaksin semasa berpuasa, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya kerana bukan membabitkan rongga terbuka. ()
Dalam perkembangan lain, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dipengerusikan Shaykh Abdallah Bin Bayyah semalam menegaskan pengambilan vaksin COVID-19 dibenarkan dalam Islam dan tidak membatalkan puasa.