Tempatan

Vaksin Murid Hanya Dengan Kebenaran Ibu Bapa – Dr Siti Mariah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 22 Mac 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud menyatakan bahawa pemberian vaksin COVID-19 kepada murid sekolah hanya boleh dilakukan sekiranya telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.

Menurutnya, kerajaan Selangor tidak boleh memaksa murid sekolah di negeri itu untuk mengambil vaksin tersebut biarpun sesi persekolahan telah bermula semalam bagi sesi 2022/2023, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi  mencadangkan agar semua murid diberikan vaksin.

BACA: Vaksin: Ibu Bapa Tidak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: Melayu Takut Vaksin Anak Kerana Berita Palsu – Exco Pulau Pinang

“Memang cadangan Yang Berhormat (Ahmad Yunus) supaya Kerajaan Negeri itu memberi vaksin kepada seramai mungkin murid sekolah itu, baik.”

“Tetapi untuk memberi vaksin, ibu bapa mereka perlu memberi kebenaran sebelum kita boleh berbuat demikian,” ujarnya sewaktu Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex semalam.

Bukan itu sahaja, Siti Mariah juga diajukan soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkenaan dengan inisiatif dari pihak kerajaan negeri agar lebih ramai murid dapat divaksinasi.

Beliau menjawab persoalan itu dengan menyatakan bahawa salah satu usaha agar lebih ramai murid dapat divaksinasi adalah dengan cara melancarkan kempen mengenai kepentingan vaksinasi kepada masyarakat.

“Kita juga akan mulakan program Selangor Vaksin untuk kanak-kanak (Selvax Kids) 1 April ini dan harap lebih ramai kumpulan itu akan mengambil vaksin,” tambahnya lagi.

Sehingga 1 Mac lalu, seramai 167,338 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Selangor, katanya.

Leave a Reply

Back to top button